Mata wang persendirian Wang

Rencana utama: Mata wang persendirian

Dikebanyakan negara, pengisuan wang kertas persendirian adalah dikawal dengan ketat mengikut undang-undang negara masing-masing.

Wang kertas persendirian 1 dolar, yang dikeluarkan oleh "Syarikat Jambatan Delaware" di New Jersey 1836-1841.

Di Amerika Syarikat, ketika Era Perbankan Bebas yang berlaku antara 1837 dan 1866, pelbagai negeri, munisipal, bank persendirian, syarikat keretapi serta syarikat pembinaan, kedai runcit, restoran, gereja dan para individu telah mencetak lebihkurang 8,000 jenis wang kertas menjelang tahun 1860. Sekiranya pengisu wang kertas jatuh muflis, tutup kedai atau meninggalkan pekan tersebut, maka matawangnya tidak akan bernilai lagi. Organisasi-organisasi tersebut diberi nama jolokan "wildcat banks" atau bank harimau liar kerana reputasi mereka yang tidak boleh dipercayai dan juga lokasi mereka ditempat terpencil yang mempunyai penduduk yang berperangai seperti "harimau liar" dan bukannya manusia. Namun demikian, menurut Lawrence H. White's dalam artikelnyaThe Freeman: Ideas on Liberty - October 1993 "rupanya sebahagian besar tentang perbankan "harimau liar" adalah mitos semata-mata. Walaupun kisah bank tersebut menghiburkan; dan akibatnya ia sering diulangi dalam buku-buku teks; para sejarah ekonomi moden mendapati hanya segelintir bank sahaja yang boleh didefinasikan sebagai bank harimau liar". Akta Bank Nasional 1863 telah menamatkan era "bank harimau liar".

Di Australia, Akta Cukai Nota Bank 1910 telah menutup pengedaran matawang persendirian dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada amalan tersebut. Banyak negara lain telah melaksanakan polisi yang sama untuk membasmi saingan dari sektor swasta.

Manakala di Scotland dan Ireland Utara bank-bank swasta telah diberi lesen oleh kerajaan untuk mencetak matawang kertas mereka sendiri. Matawang ini adalah dipanggil "currency notes" dan hanya boleh digunapakai sebagai matawang di kawasan dimana ia diisukan.

Pada hari ini, wang elektonik persendirian adalah dalam pengedaran. Sebahagian daripadanya adalah disokong seperti matawang yang lalu iaitu dalam bentuk emas, seperti matawang emas digital. Transaksi matawang ini adalah berjumlah beberapa bilion Dolar Amerika dalam setahun.

Di samping emas, platinum dan perak, terdapat kemungkinan wang keluaran persendiran disokong oleh bahan lain seperti tenaga (diukur dalam joules) atau pengangkutan (diukur dalam kilogram*kilometer/jam) atau makanan dan ianya boleh diterima oleh masyarakat awam, sekiranya ia disahkan oleh undang-undang. Adalah penting untuk memahami bahawa selagi wang adalah persetujuan untuk menggunakan sesuatu sebagai medium pertukaran, ia adalah bergantung kepada komuniti (atau pihak yang berkuasa atas komuniti tersebut) untuk menentukan sama ada wang disokong oleh sebarang bahan atau wujud di alam maya.

Rujukan

WikiPedia: Wang http://www.amosweb.com/cgi-bin/awb_nav.pl?s=wpd&c=... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/fxc.ht... http://www.economist.com/markets/bigmac/displaySto... http://www.etymonline.com/index.php?term=money http://www.financialsense.com/editorials/morgan/07... http://www.bu.edu/wcp/Papers/Econ/EconShep.htm http://www.federalreserve.gov/pf/pdf/pf_2.pdf http://www.bep.treas.gov/section.cfm/8/39 http://www.bis.org/publ/work137.htm http://www.econlib.org/library/mises/msT1.html